Wednesday, 17 August 2016

Medical Check Up di KPJ Perdana


Hai! Hari ni Yem pergi buat medical check up bagi memenuhi syarat kemasukan ke universiti. Yem buat medical check up di di Kpj Perdana Hospital. So, post Yem hari ni adalah untuk berkongsi dengan korang cara nak buat medical checkup ni dan menjawab soalan-soalan yang berada di fikiran korang sekarang.

Berapa bayaran nak buat medical checkup ni?
>>RM90 sahaja(ni bayaran masa Yem buat maybe masa korang buat dah berubah) 


Lama ke?
>>Dalam 3 jam. X lama pun belek-belek fon dah siap dah. Yem akan kongsikan kat mana masa korang dihabiskan kat bawah.

Nak kena bawak apa?
>>Kad pengenalan
>>Borang(Yem akan tunjuk kat bawah)
>>Duit
>>Kaca mata(bagi yang kejap pakai kejap tak pakai spek tolong la bawa;PENTING)


So, macam mana caranya nak buat medical check up ni?

Stepnya macam ni. First, korang kena daftarkan diri di kaunter cakap nak buat medical checkup dan bagi ic. Lepas tu, dia akan bagi korang bekas untuk buat urine test. So, pandai-pandai la korang cari tandas dan buat benda yang sepatutnya. Lepas selesai, bagi bekas tu dekat kaunter tu balik.


Next step adalah korang kena tunggu sat, depa akan panggil korang dan bagi satu sampul besar. Then, korang kena gerak ke kaunter x-ray(Yem x tahu nama betulnya apa). Ok dah sampai ke? Kalau dah korang kena serahkan sampul tadi dekat kaunter tu dan depa akan bagi kertas numbor giliran korang. Dan tunggulah untuk numbor anda dipanggil dan masuk ke dalam bilik nak x-ray korang.

Ok dah masukkan? Masa ni korang akan ditanya bila last period korang(bagi perempuan sahaja akan ditanya) ini untuk memastikan korang x pregnant. So, tolongla ingat balik last period korang siap-siap kat rumah lagi ok. Then, korang akan isi nama, tarikh, dan tarikh last period tu kat atas kertas kuning. Lepastu, depa akan bagi satu baju merah. Masa ni korang kena tanggalkan tudung, baju, baju dalam, rantai, subang, dan apa-apa jelah yang korang pakai. Seluar x payah tanggalkan. Next, korang akan didirikan macam dalam gambar kat bawah. Lepas tu, depa akan suruh korang tarikh nafas,hembus,tarikh nafas lama,hembus, then siap. Tukar balik pakaian korang dan tunggu kat luar sampai nama korang dipanggil. Masa ni lama jugak Yem menunggu. So, korang bolehla layan K-drama dulu kat telefon.

Dah kena panggil, korang akan dapat satu sampul besar yang berisi x-ray korang la.Next, pergi kat kaunter mula-mula tadi bagi sampul tu tadi then tunggu nama korang dipanggil. Masa ni pun lama juga, boleh layan drama pula. Lepas tu depa akan ambil blood pressure, penglihatan warna,penglihatan tanpa kaca mata, penglihatan dengan kaca mata, tinggi dan berat badan. Then, korang kena tunggu lagi nak jumpa doktor pula.

Masa untuk jumpa doktor!!! Masa ni doktor akan tanya ada sakit kat mana-mana ke tak. Then doktor check jantung kita, suruh kita nganga mulut, jelir lidah, then doktor suruh kita baring sebab dia nak tekan-tekan dekat area perut kita. Kalau sakit masa dia tekan tu, cakapla. SIAP DAH AKHIRNYA.

Ok tak siap lagi sebenarnya, part ni yang paling lama. Nak tunggu dokumen tu siap. Lepas nama anda dipanggil, ambil dokumen tu, tulis nama dan lain-lain. AKHIRNYA DAH SIAP!!!


Ni borang yang korang kena bawa. Borang ini adalah dari pihak UITM. Atas uni korang masing-masing la yer.



p/s: sekadar perkongsian dari Yem sendiri, minta maaf atas salah silap. Enjoy!!

Sunday, 12 June 2016

PRESENTATION (IMEJ DIRI LELAKI)

Hai,
Hari ni Yem rajin so 2 post sekali gus.. Post ni pasal kelas dinamika jugak tau. Dalam kelas dinamika selain pengucapan awam korang kena buat presentation jugak tau. Presentation korang buat dalam kumpulan so nasihat Yem carilah rakan yang sekepala dengan kita, yang rajin. Nanti xde la duk sakit kepala pasal benda ni. Banyak lagi benda yang nak kena buat (tutorial,past year). 

Ni adalah contoh presentation imej diri lelaki.Harap berguna. Yem harap post ni dapat membantu ,memberi idea kepada uoll. Sorry x berapa nak comel sangat nanti Yem update lain noh . Yem nak tidoq dah ni. Good Night...



KELAS DINAMIKA

Hai,
Lama x jenguk blog,maklumlah Yem busy sangat sekarang ni.

Hari ni Yem nak cerite pasai KELAS DINAMIKA. Ok kelas dinamika ni sangat la best tau tak. Kelas ni macam kelas release stress je. Happy jer.. Dalam kelas ni ada satu je benda yang Yem x berapa nak suka iaitu Pengucapan Awam. Ha awak2 yg ada darah gemuruh tu memang la. Takut sangat sampai pucat muka. Pengucapan Awam ni korang akan diberi banyak tajuk, korang pilih la yer. Pilih yang senang jer, xyah ambil yang banyak fakta tu.(Yem ambik pasal makanan tradisional) Tajuk tu atas cikgu masing2, cikgu Yem suruh pilih nak yang mana.

okay dah pilih tajuk kan, sekarang korang kena buat/reka teks ucapan. Google la yer xyah pikir banyak. Ini penting sebab kalau korang x tunjuk teks tu kat cikgu hampa nati lari tajuk, x dapat markah. Bahaya tau.

Ni contoh teks ucapan makanan tradisional.



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada yang berusaha ....... pensyarah kemahiran dinamika dan rakan rakan yang dikasihi sekalian. Saya ................... akan menyampaikan pengucapan awam yang bertajuk “Makanan tradisional masyarakat melayu , cina dan india di Malaysia” dimana sumber rujukannnya diambil daripada vahgilan.blogspot.my.

Tepuk tangan ramai-ramai,
Melihat aksi si rama-rama,
Negara Malaysia aman damai
Pelbagai kaum hidup bersama.

Hadirin yang saya kasihi sekalian,Malaysia merupakan salah satu Negara yang mempunyai berbilang kaum yang dapat hidup dengan harmoni. Antara tiga kaum utama di Malaysia ialah Melayu, Cina dan India. Sebagai Negara kosmopolitan, Malaysia juga mempunyai potpuri budaya yang agak unik. Gabungan kaum Melayu, Cina dan India berjaya menyatukan pelbagai hidangan kepada ‘hidangan malaysia’. Kaum Melayu, Cina dan India di Malaysia sentiasa kreatif berganding bahu mereka menghasilkan masakan baru dengan mengabungkan pinjam meminjam tradisi budaya masing-masing. Namun begitu, setiap kaum masih mempunyai budaya makanan mereka tersendiri.

Kumpulan etnik yang terbesar di Malaysia ialah kaum Melayu. Masyarakat Melayu mempunyai budaya makanan yang tersendiri. Bagi orang Melayu pelbagai lauk pauk yang di hidangkan tidak akan sempurna jika tidak diiringi dengan nasi. Nasi merupakan makanan utama bagi orang Malaysia dan orang melayu amnya. Nasi biasanya dihidangkan dengan pelbagai lauk pauk dan ulam-ulaman. Bahan masakan orang melayu biasanya berkisar kepada cili, santan dan belacan. Hidangan orang Melayu bukan sahaja terkenal dari keenakkannya tetapi juga dari segi kepedasan dan juga penggunaan rempah ratusnya.

Nasi lemak merupakan sajian utama dan menjadi kegemaran bagi orang melayu. Nasi lemak dahulunya hanya menjadi hidangan untuk sarapan pagi bagi orang melayu tetapi pada masa kini ianya turut dijadikan hidangan tengah hari dan malam. Menu ini patut dijadikan makanan kebangsaan Malaysia kerana ianya bukan sahaja menjadi kegemaran orang melayu malah turut di pelopori oleh kaum Cina dan India. Nasi lemak akan dihidangkan bersama telur, ikan bilis dan kacang tanah yang digoreng. Orang melayu lazimnya gemar menikmati juadah ini di warung ataupun gerai-gerai pada waktu sarapan pagi.

Di samping itu, ketupat juga menjadi satu budaya dan menjadi tradisi dalam masyarakat melayu. Ketupat merupakan beras yang di masak di dalam daun kelapa. Juadah ini biasanya dihidangkan pada musim perayaan iaitu pada hari raya aidilfitri. Ketupat sering dihidangkan bersama kuah lodeh, rendang, sambal sate dan juga pelbagai juadah lain. Kebiasaanya juadah ini akan dinikmati pada pagi syawal. Juadah ini telah menjadi tradisi bagi masyarakat melayu untuk menyambut perayaan tersebut. Jika tiada hidangan ini maka tidak lengkaplah lebaran yang diraikan.

Sehubungan dengan itu, dalam masyarakat budaya cina juga terdapat budaya makanan mereka yang tersendiri. Bila bercerita tentang makanan, orang cina lazimnya sering dikaitkan dengan kuih bulan. Kuih bulan merupakan makanan tradisi bagi masyarakat mereka. Kuih bulan adalah sejenis kuih cina yang sering dimakan pada waktu perayaan pertengahan musim luruh. Kuih bulan di hasilkan daripada adunan yang manis dan mempunyai inti yang diperbuat daripada biji buah teratai atau kacang merah atau dengan telur kuning masin di tengah-tengahnya. Kuih bulan juga turut di hidangkan semasa musim perayaan mereka iaitu pada tahun baru cina. Kuih bulan ini sangat popular dalam budaya masyarakat cina dan menjadi tradisi dalam hidup mereka.

Selain itu, kaum cina juga mempunyai makanan tradisional yg bernama DING BIAN HU. Ia merupakan sejenis makanan orang Foochow yang biasanya dimakan semasa sarapan pagi atau lewat malam. Masyarakat Cina menjadikannya sebagai ganti bubur nasi dan ia dikenali “bubur kulat”. Masyarakat Cina percaya bahawa bubur ini sangat berkhasiat untuk membuang panas yang ada di dalam badan dan ia juga berkhasiat khususnya untuk orang yang lemah tenaga.

Seperti kaum Cina, kaum India juga mempunyai budaya makanan yang tersendiri. Muruku adalah makanan tradisional kaum India Malaysia yang resepi nya berasal dari India Selatan terutamanya dari Tamil Nadu. Muruku telah mengambil tempat di hati semua masyarakat berbilang bangsa di negara ini. Murukku adalah makanan ringan yang sedap, rangup dan senang dibuat dan murah kosnya.  Murukku diperbuat dari Tepung Kacang Tosai dan Tepung beras dan perasanya bergantung kepada penggemar seperti yang asli atau pun yang pedas mengunakan serbuk cili. Murukku yang biasanya berbentuk bulatan atau pun yang halus. Murukku di buat menggunakan acuan khas seperti cara menekan tepung yang telah uli atau pun cara pemutaran.

Kesimpulannya, masyarakat Malaysia sememangnya kaya dengan pelbagai jenis makanan yang menjadi tradisi dan kebanggaan dalam kaum mereka. Daripada hasil toleransi dan kerjasama masyarakat yang pelbagai telah menghasilkan negara yang aman dan mempunyai budaya serta adat yang pelbagai dan boleh diaplikasikan bersama. Sehubungan dengan itu, kita haruslah berbangga menjadi rakyat Malaysia dan menanamkan rasa cinta terhadap tanah air kita.


Bunga seroja di atas para,
Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua saya pohonkan.


Sekian saya akhiri pengucapan awam saya dengan wbt.

P/S: Harap berguna.Peace yo



Saturday, 30 April 2016

Study di Kolej Matrikulasi Kedah

Assalamuaikum..Alhamdulillah pada 25.5.2016 Yem dah tamatkan pengajian di KMK. OK ni nak habaq Yem ni sesi 15/16 so masih lg fresh (hihihi). Yem even baru x sampai seminggu meninggalkan KMK rasa mcm rindu nak mampus dah ni. Rindu sangat classmate yg gila2,roommate yg sporting,lecturer yg sgt baik  dan segala2nya. Even x sampai setahun kat KMK rasa mcm bertahun2. #indahnyamatrikwalaupunsetahun

Ni Yem nak ceritala sikit tentang Kolej Matrikulasi Kedah(KMK). Sorry kalau ada salah information ke salah cerita ke sorry noh.

KMK ni terletak di Changlun,Bukit Kayu Hitam dekat jer dengan UUM dan hanya 30 minit dari Alor Setar. Ha sapa yg org kedah dapat KMK beruntung tau tak. Dah la dekat. Tapi kalau yg bukan dari kedah tu don't worry k. Stesen bas sangat la dekat dgn KMK ni hanya 15 minit jer kalau jalan kaki.TAPI jangan risau teksi kan hado.Teksi ni pengangkutan utama pelajar KMK.Teksi selalu jer ada depan pintu pagar KMK so korang jangan la duk risau sangat yer. Bayaran untuk teksi ni satu teksi RM8 (boleh naik 4 orang so sorang RM2) so kalau korang nak jimat masa outing tu outing berempat so tak la rugi.Nak outing 5 orang boleh tak?? Boleh jer tp ada sesetangah pakcik makcik teksi ni tak mau ambil.

Satu lg tertinggal, KMK ni pon dekat jer dgn airport,langkawi,padang besar dan sbgnya. Korang rajin2 la yer search.



Cantik tak??? KMK ni ada 3 blok penginapan(A,B,C). Blok A adalah blok lelaki manakala blok B dan C adalah blok untuk perempuan, Setiap blok ini ada cafe masing2.

Pembelajaran bermula dari jam 8 pagi hingga 5 petang.Lamakan tapi rasa jer sebenarnya. Ada hari yg ada gap 2 jam ada hari gap 3 jam. So masa gap tu,pandai2 la yer makan,pergi jumpa lecturer. MASA SANGAT PENTING. Bagi yg x reti lg manage masa tu,belajar2 la yer.


Gambar diambil dari kubik

Event di matrikulasi sangat banyak. Boleh dikatakan setiap weekend anda akan full dengan aktiviti ini. Yem nak nasihat ,join la segala program yang dianjurkan.Ini penting kerana program2 inilah yg akan memberi sumbangan untuk mendapat markah koku 10%.



P/S:Sorry kalau ada salah silap.