Sunday, 12 June 2016

PRESENTATION (IMEJ DIRI LELAKI)

Hai,
Hari ni Yem rajin so 2 post sekali gus.. Post ni pasal kelas dinamika jugak tau. Dalam kelas dinamika selain pengucapan awam korang kena buat presentation jugak tau. Presentation korang buat dalam kumpulan so nasihat Yem carilah rakan yang sekepala dengan kita, yang rajin. Nanti xde la duk sakit kepala pasal benda ni. Banyak lagi benda yang nak kena buat (tutorial,past year). 

Ni adalah contoh presentation imej diri lelaki.Harap berguna. Yem harap post ni dapat membantu ,memberi idea kepada uoll. Sorry x berapa nak comel sangat nanti Yem update lain noh . Yem nak tidoq dah ni. Good Night...



KELAS DINAMIKA

Hai,
Lama x jenguk blog,maklumlah Yem busy sangat sekarang ni.

Hari ni Yem nak cerite pasai KELAS DINAMIKA. Ok kelas dinamika ni sangat la best tau tak. Kelas ni macam kelas release stress je. Happy jer.. Dalam kelas ni ada satu je benda yang Yem x berapa nak suka iaitu Pengucapan Awam. Ha awak2 yg ada darah gemuruh tu memang la. Takut sangat sampai pucat muka. Pengucapan Awam ni korang akan diberi banyak tajuk, korang pilih la yer. Pilih yang senang jer, xyah ambil yang banyak fakta tu.(Yem ambik pasal makanan tradisional) Tajuk tu atas cikgu masing2, cikgu Yem suruh pilih nak yang mana.

okay dah pilih tajuk kan, sekarang korang kena buat/reka teks ucapan. Google la yer xyah pikir banyak. Ini penting sebab kalau korang x tunjuk teks tu kat cikgu hampa nati lari tajuk, x dapat markah. Bahaya tau.

Ni contoh teks ucapan makanan tradisional.



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada yang berusaha ....... pensyarah kemahiran dinamika dan rakan rakan yang dikasihi sekalian. Saya ................... akan menyampaikan pengucapan awam yang bertajuk “Makanan tradisional masyarakat melayu , cina dan india di Malaysia” dimana sumber rujukannnya diambil daripada vahgilan.blogspot.my.

Tepuk tangan ramai-ramai,
Melihat aksi si rama-rama,
Negara Malaysia aman damai
Pelbagai kaum hidup bersama.

Hadirin yang saya kasihi sekalian,Malaysia merupakan salah satu Negara yang mempunyai berbilang kaum yang dapat hidup dengan harmoni. Antara tiga kaum utama di Malaysia ialah Melayu, Cina dan India. Sebagai Negara kosmopolitan, Malaysia juga mempunyai potpuri budaya yang agak unik. Gabungan kaum Melayu, Cina dan India berjaya menyatukan pelbagai hidangan kepada ‘hidangan malaysia’. Kaum Melayu, Cina dan India di Malaysia sentiasa kreatif berganding bahu mereka menghasilkan masakan baru dengan mengabungkan pinjam meminjam tradisi budaya masing-masing. Namun begitu, setiap kaum masih mempunyai budaya makanan mereka tersendiri.

Kumpulan etnik yang terbesar di Malaysia ialah kaum Melayu. Masyarakat Melayu mempunyai budaya makanan yang tersendiri. Bagi orang Melayu pelbagai lauk pauk yang di hidangkan tidak akan sempurna jika tidak diiringi dengan nasi. Nasi merupakan makanan utama bagi orang Malaysia dan orang melayu amnya. Nasi biasanya dihidangkan dengan pelbagai lauk pauk dan ulam-ulaman. Bahan masakan orang melayu biasanya berkisar kepada cili, santan dan belacan. Hidangan orang Melayu bukan sahaja terkenal dari keenakkannya tetapi juga dari segi kepedasan dan juga penggunaan rempah ratusnya.

Nasi lemak merupakan sajian utama dan menjadi kegemaran bagi orang melayu. Nasi lemak dahulunya hanya menjadi hidangan untuk sarapan pagi bagi orang melayu tetapi pada masa kini ianya turut dijadikan hidangan tengah hari dan malam. Menu ini patut dijadikan makanan kebangsaan Malaysia kerana ianya bukan sahaja menjadi kegemaran orang melayu malah turut di pelopori oleh kaum Cina dan India. Nasi lemak akan dihidangkan bersama telur, ikan bilis dan kacang tanah yang digoreng. Orang melayu lazimnya gemar menikmati juadah ini di warung ataupun gerai-gerai pada waktu sarapan pagi.

Di samping itu, ketupat juga menjadi satu budaya dan menjadi tradisi dalam masyarakat melayu. Ketupat merupakan beras yang di masak di dalam daun kelapa. Juadah ini biasanya dihidangkan pada musim perayaan iaitu pada hari raya aidilfitri. Ketupat sering dihidangkan bersama kuah lodeh, rendang, sambal sate dan juga pelbagai juadah lain. Kebiasaanya juadah ini akan dinikmati pada pagi syawal. Juadah ini telah menjadi tradisi bagi masyarakat melayu untuk menyambut perayaan tersebut. Jika tiada hidangan ini maka tidak lengkaplah lebaran yang diraikan.

Sehubungan dengan itu, dalam masyarakat budaya cina juga terdapat budaya makanan mereka yang tersendiri. Bila bercerita tentang makanan, orang cina lazimnya sering dikaitkan dengan kuih bulan. Kuih bulan merupakan makanan tradisi bagi masyarakat mereka. Kuih bulan adalah sejenis kuih cina yang sering dimakan pada waktu perayaan pertengahan musim luruh. Kuih bulan di hasilkan daripada adunan yang manis dan mempunyai inti yang diperbuat daripada biji buah teratai atau kacang merah atau dengan telur kuning masin di tengah-tengahnya. Kuih bulan juga turut di hidangkan semasa musim perayaan mereka iaitu pada tahun baru cina. Kuih bulan ini sangat popular dalam budaya masyarakat cina dan menjadi tradisi dalam hidup mereka.

Selain itu, kaum cina juga mempunyai makanan tradisional yg bernama DING BIAN HU. Ia merupakan sejenis makanan orang Foochow yang biasanya dimakan semasa sarapan pagi atau lewat malam. Masyarakat Cina menjadikannya sebagai ganti bubur nasi dan ia dikenali “bubur kulat”. Masyarakat Cina percaya bahawa bubur ini sangat berkhasiat untuk membuang panas yang ada di dalam badan dan ia juga berkhasiat khususnya untuk orang yang lemah tenaga.

Seperti kaum Cina, kaum India juga mempunyai budaya makanan yang tersendiri. Muruku adalah makanan tradisional kaum India Malaysia yang resepi nya berasal dari India Selatan terutamanya dari Tamil Nadu. Muruku telah mengambil tempat di hati semua masyarakat berbilang bangsa di negara ini. Murukku adalah makanan ringan yang sedap, rangup dan senang dibuat dan murah kosnya.  Murukku diperbuat dari Tepung Kacang Tosai dan Tepung beras dan perasanya bergantung kepada penggemar seperti yang asli atau pun yang pedas mengunakan serbuk cili. Murukku yang biasanya berbentuk bulatan atau pun yang halus. Murukku di buat menggunakan acuan khas seperti cara menekan tepung yang telah uli atau pun cara pemutaran.

Kesimpulannya, masyarakat Malaysia sememangnya kaya dengan pelbagai jenis makanan yang menjadi tradisi dan kebanggaan dalam kaum mereka. Daripada hasil toleransi dan kerjasama masyarakat yang pelbagai telah menghasilkan negara yang aman dan mempunyai budaya serta adat yang pelbagai dan boleh diaplikasikan bersama. Sehubungan dengan itu, kita haruslah berbangga menjadi rakyat Malaysia dan menanamkan rasa cinta terhadap tanah air kita.


Bunga seroja di atas para,
Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua saya pohonkan.


Sekian saya akhiri pengucapan awam saya dengan wbt.

P/S: Harap berguna.Peace yo